Thursday, October 14, 2010 | By: يورحامي يوسف

WANITA PAKAI SELUAR JEANS (Soal Jawab Agama)

SOALAN:
Apakah hukum wanita muslimah memakai seluar jeans atau slack yang longgar untuk memudahkan pergerakan? Adakah ia juga termasuk menyerupai (tasyabbuh) pemakaian lelaki? Untuk pengetahuan ustaz, saya akan berkahwin tidak lama lagi dan bakal suami saya mengingatkan saya agar tidak memakai seluar kerana tidak mahu menanggung dosa wanita menyerupai lelaki. Saya tidak bersetuju dengan pandangannya kerana saya tetap akan mentaatinya setelah bergelar sebagai isteri. Diharap dapat memberi sedikit kelonggaran.

JAWAPAN:
Seluar jeans atau slack tidak sesuai dipakai oleh wanita. Selonggar mana seluar jeans atau slack, ia tetap menampakkan aurat wanita. Masyarakat beranggapan bahawa wanita yang memakai jeans atau slack adalah wanita yang lasak. Sedangkan, ciri kewanitaan itu adalah bersifat lembut.

Ciriciri wanita Islam itu sendiri ialah menampakkan kelembutan. Olehitu, Islam telah menggariskan pakaian yang sesuai bagi mereka.

Firman ALLAH S.W.T:
"Wahai Nabi (Muhamamd)! Katakan (perintahkan) kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan seluruh wanita mukminat agar melabuhkan jilbab-jilbab ke atas mereka. Semua itu adalah supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik dan tidak akan diganggu. Sedangkan, ALLAH itu Maha Pngampun lagi Maha Pengasihani" - Surah al-Ahzab; 59.

Lihatlah, tujuan memakai tudung dan jilbab adalah untuk menjaga maruah wanita dan dikenali sebagai wanita solehah. Apalah gunanya seorang wanita memakai tudung dan seluar jeans tetapi masih dilihat seperti wanita jahat atau tidak bermaruah.

Selain itu, ulama masih berselisih faham mengenai maksud sebenar firman ALLAH 'melabuhkan jilbab-jilbab ke atas mereka'. Sebahagian berpendapat 'ke atas mereka' ialah seluruh tubuh termasuk muka dan tapak tangan. Sebahagian yang lain seperti Imam Syafie r.h berpendapat seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Malah, terdapat perselisihan pendapat di dalam kitab fikah mengenai hukum lelaki memakai seluar ketika solat. Sebahagian berpendapat perlu mengulangi solat denganmemakai kain jika waktu masih ada. Sebahagian yang lain memebenarkan jika seluar itu longgar. Bagaimana pula keadaan wanita yang memakai seluar?

Persoalannya, apakah tujuan wanita memakai seluar di zaman fitnah yang penuh dengan pelbagai risiko dan ancaman. Bukankah ALLAH memerintahkan hamba-NYA agar memakai pakaian yang dikenali sebagai wanita baik.

Jarang kedengaran seorang perogol cuba mencabul kehormatan wanita bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna. Sebaliknya, wanita yang membuka aurat atau memakai seluar hingga menampakkan bentuk tubuh yang mengiurkan sahaja menjadi tumpuan mereka.

Pelik sekali umat Islam di akhir zaman. Apa yang ditegah oleh ALLAH dan Rasul-NYA, itulah yang menjadi pilihan untuk dilakukan. Sebaliknya, apa yang diperintahkan itulah yang cuba dijauhi dan ditinggalkan. Sedangkan, ALLAH ingin memberi kebaikan dan menjaga maruah mereka. Oleh itu, beruntunglah sesiapa yang hidup di akhir zaman dengan mengikut segala perintah ALLAH dan sunnah Rasul-NYA s.a.w serta memperbaiki diri.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Islam datang dalam keadaan asing (minoriti). Ia juga akan kembali dalam keadaan asing (minoriti). Beritalah berita gembira kepada golongan asing (minoriti) ketika itu. Seseorang bertanya: Siapakah golongan itu wahai Rasulullah? Jawab baginda: Golongan yang sentiasa memperbaiki diri dan amalan ketika manusia telah rosak." - Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani di dalam silsilah al-Sahihah, ms. 268, no. hadis (1273), bab: Al-Iman wa al-Tauhid, wa al-Din wa al-Qadr.

Perlu disedari, walaupun ketaatan sepenuhnya terhadap suami hanya berlaku selepas perkahwinan, namun permintaan bakal suami sebelum perkahwinan juga perlu ditunaikan. Mengingkari permintaannya ke arah kebaikan sebelum perkahwinan menunjukkan sifat buruk yang bakal saudari lakukan selepas perkahwinan.
Bersyukurlah kepada ALLAH kerana menemukan saudari dengan seorang lelaki yang masih kuat berpegang dengan ajaran agama di akhir zaman ini. Mudah-mudahan hidup kamu berdua diberkati insya-ALLAH. 

Wallahu a'lam.

5 comments:

Unknown said...

informasi yg baguss :)

Lyana said...

Tetapi bukankah islam itu mudah? Kita tidak perlu menyusahkan diri dengan memberikan sekatan pada kaum wanita untuk berseluar. Bagaimana kalau wanita tersebut hendak pergi hicking atau ekspidisi ke hutan hutan. Tak mungkin mereka boleh mengenakan baju kurung atau kain sarung bagi ekspidisi tersebut kan? Lagipun kalau kita memakai seluar (tidak ketat) lebih susah untuk seseorang merogol kaum wanita kerana jika kain, hanya perlu diselak atau ditarik manakasa seluar jeans akan perlu dibuka zip atau tali pinggang

Lyana said...

Tetapi bukankah islam itu mudah? Kita tidak perlu menyusahkan diri dengan memberikan sekatan pada kaum wanita untuk berseluar. Bagaimana kalau wanita tersebut hendak pergi hicking atau ekspidisi ke hutan hutan. Tak mungkin mereka boleh mengenakan baju kurung atau kain sarung bagi ekspidisi tersebut kan? Lagipun kalau kita memakai seluar (tidak ketat) lebih susah untuk seseorang merogol kaum wanita kerana jika kain, hanya perlu diselak atau ditarik manakasa seluar jeans akan perlu dibuka zip atau tali pinggang

Unknown said...

ilmu copy paste ke ape ni ? 😏

Unknown said...

ilmu copy paste ke ape ni ? 😏

Post a Comment